Tokyo: Pemain nombor satu dunia, Elena Rybakina menarik diri daripada aksi suku akhir Terbuka Pan Pacific, hari ini akibat kecederaan leher, sekali gus memberi laluan percuma kepada wakil Kanada, Leylah Fernandez untuk mara ke separuh akhir.

Elena membuat keputusan itu selepas mengalami keradangan dan kesakitan pada bahagian leher yang menjejaskan keupayaannya untuk beraksi pada tahap terbaik.

"Malangnya, saya mengalami keradangan dan kesakitan pada bahagian leher yang menjejaskan kemampuan saya untuk bermain pada tahap terbaik," katanya dalam satu kenyataan di laman web Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Pemain Kazakhstan itu sebelum ini mengesahkan kedudukan selaku pemain nombor satu dunia pada penghujung tahun selepas menewaskan rakan senegara, Yulia pada pusingan kedua.