SHAH ALAM - Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan kegagalan rundingan dengan kepimpinan gabungan itu.Presiden MIPP, S P Punithan berkata, keputusan itu dibuat berlandaskan prinsip dan maruah perjuangan parti yang disifatkan lebih penting daripada mengejar kerusi yang tidak relevan."Kami tidak akan menggadaikan prinsip semata-mata demi kepentingan politik. MIPP bukan Parti yang boleh berkompromi semata-mata mahu jadi calon."Semangat berpasukan, saling menghormati dan keterangkuman merupakan asas penting dalam sesebuah gabungan politik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurut Punithan, kekuatan gabungan tidak seharusnya bergantung kepada parti tertentu sahaja, sebaliknya perlu berteraskan semangat kebersamaan, kepercayaan serta kesediaan menghormati kepentingan setiap parti komponen."Perjuangan MIPP adalah untuk membela nasib masyarakat India dengan bermaruah, berprinsip dan tanpa kompromi."Kami percaya bahawa suara serta kepentingan masyarakat India perlu diberikan pengiktirafan dan kedudukan yang sewajarnya dalam landskap politik negara," ujarnya lagi.Beliau berkata, apabila rundingan gagal mencapai persetujuan, MIPP perlu membuat keputusan berdasarkan prinsip, maruah dan mandat perjuangan parti."Kerusi boleh dicari, tetapi maruah perjuangan tidak boleh digadaikan," tegasnya.
MIPP tarik diri PRN Melaka, rundingan dengan PN gagal

Key takeaways
MIPP menarik diri daripada bertanding dalam PRN Melaka di bawah gabungan Perikatan Nasional selepas rundingan dengan kepimpinan gabungan tersebut gagal mencapai persetujuan.
- Presiden MIPP, S P Punithan, menyatakan parti tidak akan berkompromi prinsip demi kepentingan politik atau kerusi.
- MIPP menegaskan kekuatan gabungan politik perlu berasaskan semangat kebersamaan dan saling menghormati antara semua komponen.
- Keputusan ini dibuat untuk mempertahankan maruah perjuangan parti dalam membela nasib masyarakat India secara bermaruah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Free Malaysia Today Saya tarik diri, kata bekas ketua DAP Melaka berkait pelan ‘PH Plus’
- Utusan Malaysia MCA tidak akan tarik diri PRN Melaka
- Free Malaysia Today MIPP tak tanding PRN Melaka selepas rundingan dengan PN gagal
- Sinar Harian MIPP tarik diri PRN Melaka, rundingan dengan PN gagal (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F345234234234_908093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

