KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa 10 dokumen berkaitan kes perdaya bagi nilai harga pasaran 24 tanah telah diserahkan kepada pembelaan yang mewakili bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd, Mohd Zaid Abdul Jalil.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi memberitahu dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pembelaan yang mewakili Mohd Zaid, 55."Kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk serahan baki dokumen," katanya.Peguam, Datuk Yaacob Md Sam yang mewakili Mohd Zaid mengesahkan perkara tersebut.Hakim, Rosli Ahmad kemudiannya menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan kes seterusnya.Ketika ditemui di luar mahkamah, Yaacob yang hadir bersama seorang lagi peguam, Md Yunos Shariff berkata, antara dokumen yang diserahkan itu membabitkan minit mesyuarat.Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Zaid yang ketika itu CEO FIC didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah untuk mempercayai bahawa Synergy Promenade Sdn Bhd layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Developer bagi projek 'The Proposed Commercial Development On Felda Lots In Jalan Semarak, Kuala Lumpur'.Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui syarikat berkenaan hanya layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Planner.Perbuatan itu didakwa mendorong Lembaga Pengarah meluluskan pelantikan Synergy Promenade sebagai Project Delivery Partner–Master Developer bagi projek terbabit, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara Felda, Persiaran KLCC di sini pada 16 Januari 2014.Bagi pertuduhan kedua, Mohd Zaid didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah dengan membuat mereka mempercayai bahawa penilaian harga pasaran 24 bidang tanah milik Felda untuk pembangunan komersial, seperti dilaporkan Firdaus & Associates Property Professionals Sdn Bhd, berjumlah RM330.96 juta.Semua 24 tanah berkenaan melibatkan Lot 43, 47, 74, 75, 163, 384, 390, 396, 4040, 4234 hingga 4241, 4573, 4574, 9096, 14120, 14262, 17909 dan 22524 di Seksyen 87A di sini serta Mukim Setapak.Tertuduh didakwa mengetahui nilai sebenar tanah berkenaan ialah RM691.7 juta.Anggaran awal nilai pasaran yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi semua tanah itu ialah RM180 juta.Tertuduh juga didakwa mengetahui bahawa JPPH tidak pernah memberikan anggaran awal nilai pasaran berkenaan kepada FIC, sehingga mendorong Lembaga Pengarah menerima tawaran daripada Synergy Promenade berdasarkan cadangan Minimum Guaranteed Return sebanyak RM500 juta atau 10 peratus daripada Gross Development Value, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.Walhal, Lembaga Pengarah tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 29 April 2014.Pertuduhan bagi kedua-dua kes dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seh
Kes bekas CEO FIC: 10 dokumen diserahkan kepada pembelaan

Key takeaways
Pihak pendakwaan menyerahkan 10 dokumen kepada pembelaan dalam kes perdayaan bekas CEO FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim menetapkan 14 Disember sebagai tarikh sebutan kes seterusnya.
- Mohd Zaid didakwa memperdaya Lembaga Pengarah FIC mengenai kelayakan Synergy Promenade Sdn Bhd.
- Pendakwaan memohon tarikh baharu untuk menyerahkan baki dokumen kepada pihak pembelaan.
- Peguam pembelaan mengesahkan dokumen yang diterima termasuk minit mesyuarat berkaitan kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kes bekas CEO FIC: 10 dokumen diserahkan kepada pembelaan (this story)
- Utusan Malaysia Pendakwaan serah 10 dokumen kes bekas CEO FIC







