PONTIAN: Sepasang kekasih yang kononnya berteduh dalam bilik di sebuah hotel di daerah ini kerana hujan awal pagi tadi, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Cubaan remaja perempuan berusia 18 tahun itu menjelaskan lelaki bersamanya dalam bilik itu adalah abang saudaranya juga memakan diri selepas mereka gagal mengemukakan sebarang bukti hubungan kekeluargaan.
JAINJ dalam kenyataan berkata, serbuan jam 1.50 pagi sebelum pintu bilik hotel itu diketuk kerana disyaki terdapat pasangan kekasih.
Pintu kemudian dibuka selepas tiga minit oleh seorang lelaki berusia 19 tahun.








