PETALING JAYA: Puspakom Kajang mula menawarkan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan ulangan berkala bagi kenderaan komersial ringan sejak semalam, dengan 87 tempahan direkodkan bagi tempoh 28 hingga 30 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, jumlah tempahan setakat 28 Oktober merangkumi 63 pemeriksaan berkala dan 24 pemeriksaan ulangan berkala.
Beliau berkata, cawangan itu turut merekodkan purata 350 pemeriksaan kenderaan persendirian sehari sejak mula beroperasi pada 5 Oktober lalu.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen pasukan kami dalam memastikan operasi b








