KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mendedahkan dia masih berusaha memujuk isterinya, Mahalini untuk memberikan keizinan bagi menghasilkan semula lagu, Sisa Rasa.

Menurut Rizky, dia berharap dapat membawakan lagu tersebut untuk peminat di Malaysia, namun hasrat itu masih bergantung kepada persetujuan Mahalini.

“Tolong pujuk Ibu Mahalini, ya! Tolong tag dia nanti. Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk isteri. Saya baru sahaja memuat naik video di TikTok dan meminta orang ramai membantu memujuk Mahalini.

“Dia turut letakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Jadi, doakan sahaja. Saya pun baru bercakap mengenainya hari ini. Harap-harap saya mendapat keizinan untuk melancarkan Sisa Rasa,” katanya.