APABILA sesebuah parti mengumumkan calon pilihan raya, rakyat biasanya mahu mengetahui siapa akan bertanding dan apa ditawarkan kepada mereka.

Namun, apabila pengumuman itu mencetuskan pertikaian dalam gabungan sendiri, timbul satu lagi persoalan: bagaimana keputusan dibuat dan sejauh mana pihak berkaitan benar-benar dilibatkan?

Perkembangan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberikan gambaran jelas mengenai persoalan ini. Pada 24 Oktober, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan parti itu tidak akan mengiktiraf calon diumumkan Barisan Nasional (BN) tanpa persetujuan kepemimpinan tertinggi partinya.

Keesokan harinya, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata isu itu akan dibincangkan dan diselesaikan bersama sebelum penamaan calon pada 31 Oktober.