KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan penormalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) minggu depan.
Penormalan itu merujuk kepada langkah mengembalikan OPR ke paras yang dianggap sebagai wajar dan seimbang.
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.0720/0800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0745/0790, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah mengekalkan kadar OPR pada 2.75 peratus berkemungkinan memberi sokongan terhadap mata wang tempatan berkenaan.








