Urda, Sepanyol: Sepanyol memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Khamis selepas perlanggaran kedua membabitkan kereta api berkelajuan tinggi tahun ini mengorbankan 68 orang dan mencederakan puluhan lagi, manakala ahli keluarga mangsa terdesak mendapatkan berita mengenai nasib orang tersayang, lapor AFP.
Salah satu bencana kereta api paling buruk di Eropah abad ini itu mencetuskan persoalan baharu mengenai keselamatan rangkaian rel Sepanyol selepas Menteri Pengangkutan melaporkan berlaku "kesilapan" dan "keadaan yang tidak dapat dijelaskan" sehingga menyebabkan nahas berkenaan.
Perlanggaran berlaku di wilayah tengah Castilla-La Mancha pada pagi Rabu apabila sebuah kereta api kendalian pengendali milik kerajaan, Renfe, merempuh bahagian belakang sebuah kereta api yang berhenti di landasan milik syarikat swasta Sepanyol, Iryo.







%2Ffile%2F1349%2F07e88fca0e5b541b6c14a0807196f198.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)


