URDA: Sepanyol memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Khamis selepas nahas perlanggaran kereta api kelajuan tinggi kedua tahun ini mengorbankan sekurang-kurangnya 68 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Antara bencana kereta api paling berdarah di Eropah abad ini mencetuskan persoalan baharu mengenai tahap keselamatan rangkaian kereta api Sepanyol.

Lebih-lebih lagi, selepas Menteri Pengangkutan melaporkan wujudnya kesilapan serta keadaan yang tidak dapat dijelaskan sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

Perlanggaran berlaku di wilayah tengah Castilla-La Mancha pada pagi Rabu apabila perkhidmatan kereta api kendalian syarikat negeri, Renfe, merempuh bahagian belakang kereta api milik syarikat swasta Sepanyol, Iryo, yang sedang berhenti.