KUALA LUMPUR: Ahli keluarga kekal dengan pendirian mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki dibunuh.

​Peguam, Rania Aljunied berkata pihaknya tidak dapat menerima keputusan PDRM yang sekadar mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan.

​ "Ini sama sekali tidak dapat diterima oleh keluarga. Pertama, Seksyen 331 ialah kesalahan cedera (sedangkan) Noorizwan sudah meninggal dunia."

​"Apabila kecederaan yang dilakukan dengan sengaja menyebabkan kematian, kesalahan itu bukan lagi kesalahan cedera sebaliknya satu pembunuhan. Dalam kes ini, syarat-syarat Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipenuhi," katanya dalam kenyataan hari ini.