Kuala Lumpur: Ahli keluarga kekal dengan pendirian mahukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki dibunuh.
Peguam, Rania Aljunied berkata, pihaknya tidak dapat menerima keputusan PDRM yang sekadar mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan.
"Ini sama sekali tidak dapat diterima oleh keluarga. Pertama, Seksyen 331 ialah kesalahan cedera (sedangkan) Noorizwan sudah meninggal dunia.
"Apabila kecederaan yang dilakukan dengan sengaja menyebabkan kematian, kesalahan itu bukan lagi kesalahan cedera sebaliknya satu pembunuhan. Dalam kes ini, syarat-syarat Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipenuhi," katanya dalam kenyataan hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F345234234234_908093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)