Kota Bharu: Kerajaan Kelantan meluluskan lesen kepada dua syarikat tempatan bagi menjalankan aktiviti pengeluaran Unsur Nadir Bumi (REE) yang dijangka mula beroperasi seawal tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua syarikat berkenaan akan menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi menjayakan projek berkenaan.

Beliau berkata, proses penyelarasan akhir bagi mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dilaksanakan.

"Kita sedang mendapatkan kelulusan EIA daripada JAS," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.