Syarikat teknologi terkemuka, Google mempertingkatkan usaha melindungi golongan muda di ruang digital menerusi pengenalan kaedah mengenal pasti umur pengguna.

Ia bagi menyediakan pengalaman dalam talian yang lebih sesuai.

Google mengumumkan pelaksanaan penilaian umur di Malaysia untuk mengenal pasti sama ada pengguna berusia lebih atau kurang 18 tahun sekali gus membolehkan pengalaman sesuai umur disediakan kepada mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Langkah itu susulan pelaksanaan di Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa pasaran lain.