Kuala Lumpur: Teka-teki siapa bakal mengemudi skuad Harimau Malaya dijangka terjawab seawal Disember ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan tempoh berkenaan bagi memuktamadkan pelantikan pengendali baharu skuad kebangsaan.
Perkara itu disahkan Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan apabila beliau mengakui beberapa nama sudah berada dalam pengetahuan badan induk itu dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan dalam masa terdekat sebelum keputusan dibuat.
Beliau berkata, pelantikan itu perlu diselesaikan segera bagi membolehkan pengendali baharu merangka persiapan awal menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2030/Piala Asia 2032 yang dijadual bermula Mac tahun depan.








