Kuala Lumpur: Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) negara terpaksa akur apabila tumbang 1-3 di tangan China pada aksi suku akhir Tier B Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, sebentar tadi.
Beraksi di Kompleks Pertandingan Hovsan, Malaysia ketinggalan selepas China meledak gol pembukaan pada minit ke-14.
Pemain negara, Anas Suffiyan Arif menyamakan kedudukan dua minit berselang untuk kedudukan 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, China tambah garang apabila meledak dua gol pantas pada minit ke-32 dan ke-34 untuk melengkapkan kemenangan 3-1.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F07%2Fa52d5d26746db717d8c9972b8bdd86cd.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

