KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memberikan tumpuan lebih serius terhadap pembangunan skuad bawah 15 tahun (B-15) negara dalam tempoh dua tahun akan datang bagi merealisasikan impian beraksi di Piala Dunia B-17 pada 2028.

Pemerhati sukan tanah air, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, berkata skuad muda itu sudah menunjukkan potensi untuk bersaing di peringkat antarabangsa, sekali gus membuktikan mereka mempunyai asas yang boleh dibangunkan untuk mencabar pasukan terbaik dunia.

Menurutnya, keberanian pemain berdepan lawan berkualiti termasuk Mexico menjadi petunjuk positif bahawa skuad itu memiliki kemampuan untuk pergi lebih jauh, namun potensi berkenaan perlu disusuli program pembangunan yang tersusun dan berkesan.