Kuala Lumpur: Program bual bicara kesihatan popular TV3, Helo Doktor kini melangkah lebih jauh menerusi Helo Doktor Tour by MHTC apabila membawa penonton mengenali ekosistem perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Siri jelajah dengan kerjasama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) Dan Tourism Malaysia bakal berkongsi maklumat kesihatan, akses kepada kepakaran perubatan serta peluang memperkenalkan perkhidmatan hospital ahli MHTC kepada masyarakat tempatan, komuniti ekspatriat dan pelancong kesihatan antarabangsa di seluruh negara.
Inisiatif itu mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesedaran terhadap kelebihan perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia, seiring usaha menyokong Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT2026) yang mengangkat naratif Healing Meets Hospitality.









