MOSCOW: Lebih 60 orang masih hilang susulan perlanggaran antara dua kereta api di tengah Sepanyol, lapor akhbar El Pais pada Khamis yang memetik Pengawal Awam Sepanyol, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Pengawal Awam itu menerima 64 laporan mengenai orang hilang susulan kemalangan tragik di wilayah Toledo, menurut laporan berkenaan.
Laporan itu dibuat oleh ahli keluarga dan kenalan penumpang yang gagal menghubungi mereka, menurut akhbar itu.
Pengawal Awam turut menubuhkan perkhidmatan khas untuk mengendalikan pertanyaan berkenaan.










