KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan Maxis dan U Mobile berpotensi mengubah landskap industri telekomunikasi negara dengan mewujudkan pemain bersaiz lebih besar, demikian menurut penganalisis.
Ia sekali gus meningkatkan persaingan terhadap CelcomDigi, namun manfaatnya kepada pengguna bergantung kepada kecekapan operasi dan tahap persaingan pasaran.
Pensyarah Kanan Ekonometrik dan Statistik Perniagaan, Sekolah Perniagaan Universiti Monash Malaysia, Dr Nur Syazwani Mazlan, berkata penggabungan akan menyatukan pangkalan pelanggan, spektrum dan infrastruktur rangkaian kedua-dua dua syarikat telekomunikasi (telco) itu, sekali gus membuka ruang kepada penjimatan kos serta peningkatan kecekapan operasi.









