MELAKA: BERSATU akan menggunakan logo rasmi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersatu berkata beliau sudah menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lalu berkaitan pengesahan penggunaan logo parti berkenaan pada PRN Melaka ke-16.
"Kita akan gunakan logo BERSATU. Saya telah menghantar surat kepada SPR dan penggunaan logo BERSATU telah dibenarkan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pengumuman Calon BERSATU bagi PRN Melaka di bilik gerakan utama PRN Melaka parti itu di Baitul Tariq, Klebang di sini malam ini.









