MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan pengumuman calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana malam ini disebabkan isu ketandusan calon.
Sebaliknya, beliau berkata PN sedang melakukan beberapa pertimbangan sebelum membuat pengumuman, dengan masa berbaki sehari akan dimanfaatkan untuk berbincang sebelum mengesahkan calon yang akan diumumkan bagi kerusi berkenaan.
"Kita ada satu lagi kerusi belum diumumkan kerana ada beberapa pertimbangan mengenai calon ini yang perlu dibuat sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.
"Ada beberapa perkara berbangkit yang perlu kita selesaikan. Sebab itu, (calon) kerusi berkenaan belum diumumkan malam ini.









