Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS sebelum ini memberi ruang kepada BN untuk membuat pengumuman calon terlebih dahulu.PETALING JAYA: PAS nafi akan berkongsi pentas bersama Barisan Nasional untuk mengumumkan calon PRN Melaka.

Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS dijangka mengumumkan calon bertanding pada 28 atau 29 Okt iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.

“Setakat ini tidak. Kita akan umum pada minggu-minggu akhir, sama ada 28 atau 29 hari bulan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, menurut Sinar Harian.

Semalam, Presiden Umno dan Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata partinya akan sepentas bersama PAS dalam pengumuman dijadual diadakan esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).