K Devaaswin didakwa pada September 2021 atas tuduhan membunuh Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Seorang lelaki yang memandu melawan arus sehingga mengorbankan dua remaja dalam nahas di Lebuhraya Persekutuan pada 2021 dihukum penjara sembilan tahun, selepas Mahkamah Tinggi di sini meminda tuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat.

Hakim Bhupinder Singh berkata, pihak pendakwaan, yang memanggil 14 saksi, gagal membuktikan intipati kesalahan membunuh terhadap K Devaaswin, 29.

Justeru, beliau meminda tuduhan itu kepada menyebabkan kematian tanpa niat yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, dengan Devaaswin mengaku bersalah atas tuduhan yang dipinda tersebut.