Semenyih: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berusaha memastikan PETRONAS terus menjadi penaja utama penganjuran Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ia susulan pertemuan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MotoGP Sports Entertainment Group, Carmelo Ezpeleta, semalam yang menyuarakan hasrat supaya PETRONAS meneruskan peranan sebagai penaja utama perlumbaan berprestij itu.

"Saya telah berjumpa dengan Carmelo dan beliau telah menawarkan kepada PETRONAS untuk terus menjadi penganjur kepada MotoGP.

"Beliau memberitahu saya bahawa tahun ini adalah tahun terakhir untuk PETRONAS menjadi penaja (GP Malaysia), tetapi di negara-negara lain, syarikat-syarikat minyak nasional mereka atau syarikat-syarikat tempatan menjadi penaja.