Itu jawapan pedas pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terhadap seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan kemampuan kelab itu menghantarnya mendapatkan rawatan di luar negara.

Faisal, yang mesra disapa Mickey, membalas komen berkenaan dengan menegaskan bukan semua masalah kesihatan memerlukan rawatan di luar negara, sebelum menyindir sikap segelintir individu yang gemar mencari kesalahan orang lain.

"Awak ingat kelab saya tak mampu berubat saya ke? Tak semua sakit perlu berubat di luar negara. Berubat di luar negara itu sekiranya kita tak mampu buat atau kita tiada mesin yang terbaik.

"Ada satu penyakit saja yang tak boleh berubat di dalam negara atau di luar negara. Penyakit itu adalah busuk hati dan sentiasa nampak orang lain tak betul. Yang ini memang tak boleh nak berubat dah," katanya menerusi ruangan komen di media sosial.