KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak akan bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada perlawanan persahabatan bulan depan selepas mengalami kecederaan otot serius yang memerlukan proses pemulihan.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon, berkata Faisal menunjukkan perkembangan pemulihan yang cukup baik ketika ini, namun masih memerlukan masa untuk memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap terbaik sebelum kembali beraksi dalam perlawanan kompetitif.
Justeru, beliau berkata pemain kelahiran Pulau Pinang itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk pulih dan dijangka membuat penampilan pada awal tahun hadapan.
"Pemulihan beliau nampak positif, tetapi ototnya mengalami koyakan agak teruk. Saya fikir dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, beliau boleh kembali menyertai pasukan dalam latihan dan perlawanan.









