SOALAN Bolehkah saya membantu seorang ibu tunggal yang ada anak? Niat saya kerana kasihankan wanita itu menanggung anaknya tetapi ada menuduh saya ingin mengambil kesempatan sedangkan saya bimbangkan ada institusi bukan Islam lain membantu dan menariknya mengikuti mereka.
Jawapan Membantu adalah tidak salah kerana ia termasuk di dalam taawun di atas kebaikan. Namun sekiranya terdapat ‘bunyi-bunyi’ yang tidak baik, bolehlah menghulurkan bantuan itu dengan mewakilkan kepada orang lain, atau orang yang mewakilkan itu seorang wanita agar tidak timbul fitnah dan sebagainya.
SOALAN Saya pernah terlihat rakan saya berjudi. Saya terkejut dan bimbang wang judi berkenaan dibawa balik untuk menyara keluarganya. Perlukah saya memberitahu isteri atau keluarganya?








