SEREMBAN: Suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim yang ditemukan maut di Kompleks Perumahan Awam, Nilai pada 15 Oktober lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban esok atas kesalahan membunuh.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, lelaki berusia 30-an itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pertuduhan terhadap lelaki itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi di Mahkamah Majistret 1 Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, mangsa ditemukan maut di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai sebelum suaminya menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, bagi membantu siasatan.








