SEMENYIH – Kerajaan mahu melahirkan lebih ramai mekanik motosikal berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan industri permotoran yang semakin berkembang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat latihan sedia ada termasuk GiatMara Bagan Datuk akan memainkan peranan dalam melatih tenaga mahir dalam bidang berkenaan.Beliau berkata, Malaysia China Institute (MCI) juga akan dibina di situ bagi melatih pelajar dalam teknologi motosikal elektrik (EV) dan motosikal konvensional dari China."Kita mulakan dengan kecil dulu. Selain daripada itu, ada empat lagi tempat yang menyediakan mekanik dalam bidang permotoran ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman mengenai minatnya terhadap motosikal menerusi program Sembang Santai MotoGP di Fifty Seven Coffee, di sini pada Khamis.Menurutnya, pasaran yang lebih besar akan meningkatkan permintaan terhadap mekanik berkemahiran, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri berkenaan.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, jumlah penyertaan dalam program TVET meningkat daripada hanya 127,000 orang ketika beliau memegang jawatan itu empat tahun lalu kepada 587,000 orang pada 2026.Beliau berkata, bidang TVET menawarkan peluang memperoleh gaji premium, termasuk dalam bidang penyelenggaraan dan pembaikan motosikal."Gaji minimumnya ialah RM3,500. Inilah yang harus direbut oleh anak-anak muda," katanya.Beliau berkata, kemahiran membaiki motosikal juga penting kepada pelumba dan peminat sukan permotoran bagi meningkatkan keupayaan industri tempatan.Menurutnya, pelumba seperti bekas pelumba negara, Wazi Abdul Hamid bukan sahaja mampu menunggang motosikal, malah boleh membaiki motosikal sendiri, sekali gus menunjukkan kepentingan penguasaan kemahiran teknikal dalam bidang itu.Ahmad Zahid berharap lebih ramai anak muda menyertai TVET untuk menjadi mekanik motosikal dan merebut peluang kerjaya dalam industri permotoran.Beliau turut menggesa media, stesen televisyen dan media sosial menyampaikan mesej berkenaan kepada golongan muda supaya mereka melihat TVET sebagai laluan untuk membina masa depan yang lebih baik.Katanya, mekanik tempatan juga berpotensi membantu pelumba Malaysia yang bertanding di peringkat antarabangsa, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir dari luar negara."Kita tak perlu mekanik daripada Itali ataupun daripada Sepanyol, mekanik daripada Malaysia pun boleh membantu pelumba-pelumba kita di peringkat antarabangsa," katanya.Beliau berharap lebih ramai tenaga mahir tempatan dapat dilahirkan bagi menyokong perkembangan industri permotoran negara.
Ahmad Zahid sasar lahir lebih ramai mekanik motosikal berkemahiran tinggi

Key takeaways
Kerajaan ingin meningkatkan bilangan mekanik motosikal berkemahiran tinggi melalui program TVET.
- Pusat latihan seperti GiatMara Bagan Datuk akan melatih tenaga mahir dalam bidang motosikal.
- Malaysia China Institute (MCI) akan dibina untuk latih pelajar dalam teknologi motosikal elektrik dan konvensional.
- Jumlah peserta program TVET meningkat daripada 127,000 kepada 587,000 orang sejak empat tahun lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Malaysia perlu lahir lebih ramai pedagang petroleum tempatan, kata industri
- Free Malaysia Today Negara tua: Universiti perlu lahir lebih ramai penjaga warga emas
- Sinar Harian Ahmad Zahid sasar lahir lebih ramai mekanik motosikal berkemahiran tinggi (this story)







