KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 digesa agar direhatkan sementara daripada tugas rasmi bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.Ahli perniagaan dikenali Affendy berkata, langkah berkenaan perlu dipertimbangkan bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara bebas dan telus tanpa menimbulkan keraguan masyarakat terhadap integriti institusi penguatkuasaan.Menurutnya, dibimbangi sekiranya pegawai yang berdepan dakwaan serius itu masih menjalankan tugas seperti biasa, keadaan berkenaan boleh menimbulkan persoalan mengenai kebebasan siasatan."Langkah ini bukan bermaksud beliau telah didapati bersalah."Sebaliknya penting bagi melindungi integriti siasatan dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan," katanya menerusi laporan polis yang dibuat pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan bahawa polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 oleh seorang pegawai kanan SPRM.Siasatan berkenaan dilaporkan melibatkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.SPRM turut menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti semula dakwaan itu susulan arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, bagi memastikan integriti suruhanjaya berkenaan terus terpelihara serta keyakinan masyarakat terhadap institusi antirasuah negara tidak terjejas.Dalam pada itu, Affendy turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan kerajaan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta telus, selain memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai perkembangannya setakat yang dibenarkan undang-undang.
Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan SPRM direhatkan

Key takeaways
Seorang pegawai kanan SPRM disiasat berhubung dana RM350,000 dan didesak direhatkan sementara untuk mengelak konflik kepentingan.
- Ahli perniagaan meminta pegawai SPRM yang disiasat direhatkan sementara.
- Polis membuka dua kertas siasatan mengikut undang-undang yang berkaitan.
- SPRM bentuk pasukan khas untuk teliti dakwaan dan jaga integriti institusi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar tolak dakwaan menteri terima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan
- Free Malaysia Today Kerugian TH turut jejas perniagaan dan ekonomi, kata ahli ekonomi
- Sinar Harian Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan SPRM direhatkan (this story)






