Ahli Parlimen Tampin, Isam Isa, kata 'penyelarasan peruntukan' merupakan perkara biasa dalam pengurusan kewangan awam, sambil membidas tindakan pemimpin DAP membuat laporan polis berkaitan perbelanjaan KKDW. (UMNO pic)KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan pemimpin DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sebalik penjelasan Perbendaharaan.
Mengulas tindakan Chong Zhemin (PH-Kampar) membuat laporan kepada SPRM berhubung peruntukan bagi projek jalan luar bandar bawah KKDN, Isam Isa (BN-Tampin) berkata Perbendaharaan mengesahkan bahawa 'isu teknikal penyelarasan' itu telah pun selesai.






