KUALA LUMPUR: Akses kepada maklumat kesihatan dan kepakaran perubatan bakal diperluas menerusi pelancaran Helo Doktor Tour by Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), inisiatif yang menghubungkan masyarakat dengan pakar perubatan serta perkhidmatan hospital di seluruh negara.

Jelajah hasil kerjasama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), TV3 dan Tourism Malaysia itu menyasarkan masyarakat tempatan, komuniti ekspatriat serta pelancong kesihatan antarabangsa, selain meningkatkan kesedaran mengenai keupayaan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Inisiatif berkenaan turut menyokong usaha menjayakan Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT2026) yang membawa tema Healing Meets Hospitality.

Jelajah itu akan bermula menerusi program rintis di Publika, di sini, November ini, sebelum diteruskan setiap suku tahun sepanjang 2027 di beberapa lokasi merangkumi utara, selatan, timur dan barat Semenanjung Malaysia, selain Sabah dan Sarawak.