KUALA LUMPUR: SD Guthrie Bhd akan menjual tanah seluas 657.09 hektar di Bukit Kerayong, Selangor kepada Pembangunan Perindustrian Bukit Kerayong (BKID) pada harga RM933.57 juta dan bekerjasama dengan Bumi Assets Sdn Bhd serta YTL Power International Bhd untuk membangunkan tapak itu menjadi taman perindustrian.
Syarikat-syarikat tersebut melalui satu kenyataan bersama berkata, tanah itu akan dibangunkan menjadi taman perindustrian ringan hingga sederhana, dilengkapi dengan komponen komersial serta infrastruktur sokongan.
Usaha sama (JV) itu akan dilaksanakan melalui BKID, dengan SD Guthrie memegang kepentingan ekuiti 30 peratus melalui anak syarikat milik penuhnya, SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd.









