Usaha sama strategik untuk bangun taman perindustrian bersepadu di Bukit Kerayong gabung kekuatan SD Guthrie, YTL Power dan Bumi Assets. (Gambar SD Guthrie)PETALING JAYA: SD Guthrie Bhd (Guthrie) menjalin usaha sama strategik dengan YTL Power International Bhd (YTL Power) dan Bumi Assets Sdn Bhd (Bumi Assets) untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu di Bukit Kerayong, Kapar.
Pembangunan itu akan dilakukan di atas tanah seluas 1,623 ekar, melalui usaha sama menerusi Bukit Kerayong Industrial Developments Sdn Bhd (BKID). Guthrie memiliki 30% ekuiti dalam BKID, manakala YTL Power dan Bumi Assets masing-masing memegang 35%.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie Haris Arshad berkata, urus niaga ini merupakan suatu pencapaian penting dalam mencungkil nilai jangka panjang bank tanah strategik milik Guthrie, di samping mencipta peluang untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan di Selangor.






