PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menghisap rokok di ruang solat di sebuah masjid mengundang persoalan orang ramai selepas turut bertindak memadam puntung rokok di atas sebuah meja.

Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu, lelaki berkenaan turut dirakam mencabut label pada tabung masjid selepas melakukan perbuatan tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah masjid di Kok Lanas, Kelantan.

“Terkini. Seorang lelaki yang mencurigakan masuk ke dalam masjid ayesha kok lanas, menghisap rokok di ruang solat, memadam puntung rokok di meja tempat imam menyampaikan khutbah, sebelum bertindak mencabut lebel tabung masjid,” tulis hantaran tersebut.