KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berbincang dengan penyedia platform dalam talian bagi melaksanakan ciri had masa skrin automatik untuk kanak-kanak, termasuk menetapkan tempoh rehat wajib selepas penggunaan dalam jangka panjang.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebagai contoh, kanak-kanak yang menonton YouTube Shorts boleh dihadkan kepada sejam dan selepas itu mereka perlu berehat seketika.

Katanya, had masa itu boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna.

“Kita harap semua platform yang mempunyai ‘autoplay’ boleh meletakkan had masa penggunaan supaya anak-anak boleh berehat,” katanya ketika menggulung perbahasan Belan