REMBAU – Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di sebuah kedai salai popular yang dilanda banjir di Kampung Kundur Hulu, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, banjir turut menjejaskan dua buah rumah dan sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, selain Kampung Kundur Hulu, setakat ini enam buah rumah di Kampung Paya Besar Pedas turut dinaiki air.
“Dua lagi kampung yang terjejas dalam laporan awal ialah Kampung Nerasau dan Kampung Gadong,” katanya.









