TANAH MERAH: Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan ditahan selepas disyaki memiliki hampir 10,000 rokok seludup menerusi dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Serbuan di Kampung Bukit Nangka dan Kampung Paralla Dua antara jam 4 hingga 5 petang itu dilakukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) hasil intipan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bukit Nangka, Gual Ipoh.

Katanya, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.