KUALA LUMPUR: Meskipun tersingkir di pusingan kedua Terbuka Hylo, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tetap melihat perkembangan positif dalam permainannya selepas mengharungi cabaran di Finland dan Jerman.

Zii Jia berkata, dia berharap semangat dan keazamannya untuk terus berjuang meskipun berdepan masalah kesihatan sebelum kejohanan dapat dilihat menerusi persembahannya dalam dua perlawanan di Saarbrucken.

"Semua sudah mengetahui keadaan saya sebelum kejohanan bermula, tetapi saya berharap keazaman untuk terus berjuang mengatasi keadaan itu dapat dilihat menerusi dua perlawanan saya di Saarbrucken.

"Secara keseluruhan, ada kemajuan dicapai selepas beraksi di Finland dan Jerman," kata Zii Jia menerusi hantaran di Instagram miliknya.