Liverpool: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk gembira melihat kebangkitan semula sokongan padu penyokong di Anfield selepas beberapa aksi cemerlang di laman sendiri mengembalikan keyakinan peminat yang sebelum ini kecewa dengan kempen mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Kemenangan berturut-turut ke atas Villarreal, Brighton dan Chelsea dalam tiga kejohanan berbeza menyuntik semangat baharu buat The Reds menjelang pertembungan menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Anfield, Ahad ini.

Lebih manis, Liverpool menyingkirkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala Liga Inggeris, Rabu lalu, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh permainan sebenar.

Van Dijk berkata, sokongan penyokong kini kembali membara apabila mereka mula melihat perkembangan positif di bawah kendalian pengendali baharu, Andoni Iraola, yang mengambil alih tugas selepas Arne Slot dipecat pada Jun lalu.