Seoul: Son Heung-min akan terus menyandang tugas kapten Korea Selatan walaupun timbul laporan mengenai ketegangan antara bekas penyerang Tottenham itu dengan rakan sepasukan seniornya, kata pengendali Robert Moreno hari ini.
Moreno menyenaraikan Heung-min, 34, yang kini beraksi bersama LAFC dalam Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat, dalam skuad bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Arab Saudi dan Qatar bulan depan.
Beliau turut memilih tiga pemain berpengalaman yang beraksi di Eropah - Kim Min-jae, Hwang Hee-chan dan Hwang In-beom. Laporan sebelum ini mendakwa mereka bersedia meninggalkan pasukan kebangsaan bulan lalu.
Moreno berkata, beliau sudah mengadakan "banyak perbincangan dengan pemain" sejak mengambil alih tugas secara interim susulan kegagalan Korea Selatan pada Piala Dunia di Amerika Utara.









