KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara meneruskan aksi meyakinkan pada Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam aksi pusingan liga di Stadium Hoki Surjit, Punjab, India, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mempamerkan ketajaman penyudah menerusi jaringan padang Azimuddin Syakir Kamaruddin, Akhimullah Anuar Esook dan kapten pasukan, Faizal Saari untuk memastikan tiga mata menjadi milik negara.

Pasukan bimbingan Brendon Carolan membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi gol padang Azimuddin sebelum Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Song Haeseong pada minit ke-31.

Bagaimanapun, Speedy Tigers kembali di depan lima minit kemudian apabila Akhimullah menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-36 untuk meletakkan Malaysia mendahului 2-1.