Kuala Lumpur: MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata keputusan itu dimuktamadkan selepas perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini, sekali gus menyaksikan MCA bakal bertanding di tiga DUN termasuk Machap Jaya dan Kelebang.

Wee berkata calon bagi DUN Bandar Hilir ialah ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Jasmine Lok Huey Yee, 38.

"Secara rasmi, MCA bertanding di dua kerusi yang telah kita menang pada tahun 2021, iaitu Machap Jaya dan Kelebang dan kini satu lagi kerusi iaitu Bandar Hilir.