Calon Bandar Hiilir Jasmine Lok (tengah) menerima watikah daripada Pengerusi BN Zahid Hamidi sambil disaksikan Presiden MCA Wee Ka Siong. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: MCA mendapat satu lagi kerusi pada PRN Melaka 14 Nov ini, menjadikan jumlah ditandingi Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 22 daripada 21 sebelum ini.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata parti itu akan bertanding di Bandar Hilir iaitu kubu kuat DAP, selepas rundingan terbaru antara BN dan Perikatan Nasional (PN), yang membentuk kerjasama bagi PRN itu.
Katanya, MCA akan mempertaruhkan Jasmine Lok, 38, ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang juga ketua penerangan MCA negeri untuk mencabar kerusi majoriti Cina itu.
Wee berkata, pimpinan tertinggi PN setuju memberi laluan kepada MCA kerana Bandar Hilir adalah kerusi tradisi parti itu.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F11%2F8bb5f4a1d38a22be89289326eaf576be.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
