Kuala Lumpur: Kuching City FC (KCFC) terus kempunan untuk mendapat kemenangan pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tewas tipis 0-1 di tangan Gangwon FC pada aksi ketiga Kumpulan H di Gangneung High1 Arena, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka kini sekadar mengutip satu mata daripada tiga perlawanan pertama selepas tumbang 1-2 di tangan Phnom Penh Crown dan terikat 1-1 dengan Kitchee.

Wakil Korea Selatan itu pula pasti lega apabila meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen ACL2 untuk menghimpun empat mata daripada tiga perlawanan.

Pada aksi terbabit, pelawat terpaksa menyerap asakan awal tuan rumah yang bermula agresif dengan melancarkan serangan bertalu-talu menerusi gerakan di sebelah sayap.