BAGAN DATUK – Seorang lelaki dari Hutan Melintang, di sini kerugian RM10,000 setelah terperdaya dengan penipuan panggilan telefon dari suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, pihaknya di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menerima satu laporan polis dari seorang lelaki India berumur 31 tahun berkenaan penipuan tersebut, semalam.
Beliau berkata, semasa mangsa berada di rumahnya di Hutan Melintang, dia menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Melayu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Perak.








