Sebanyak lima buah rumah di Kampung Nuri, Johol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Key takeaways
Banjir kilat melanda Kampung Nuri, Johol, menenggelam lima rumah dengan kedalaman air kira-kira 0.32 meter. Panggilan kecemasan diterima pukul 5.37 petang dan pasukan bomba tiba segera.
- Banjir kilat menenggelam lima rumah di Kampung Nuri, Johol.
- Kedalaman air diperkirakan 0.32 meter.
- Panggilan kecemasan diterima pukul 5.37 petang dan bomba tiba segera.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA PILAH – Sebanyak lima buah rumah di Kampung Nuri, Johol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.37 petang.
“Setiba pasukan bomba di lokasi mendapati berlaku banjir kilat melibatkan lima buah rumah dengan kedalaman air dianggarkan 0.32 meter.
“Bagaimanapun, air mula surut dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE