PETALING JAYA – “Apa pun saya reda, pemergian mak saya ada banyak hikmah yang baik.”
Demikian komen pelakon Syafiq Kyle sekali gus menandakan dia sudah meredai pemergian ibunya, Allahyarham Rohaya Sulaiman yang meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.
Menurut Syafiq atau nama penuhnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, arwah ibunya meninggal dunia akibat kanser paru-paru yang dikesan sejak Disember tahun lalu.
“Tahun lepas, mak saya sakit di perut dan doktor kata di hempedu. Selepas itu, buat pembedahan keluarkan ‘benda’ itu.









