PETALING JAYA – Seorang penumpang Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami pening kepala selepas terkena kaca tingkap gerabak yang pecah semasa menggunakan pengangkutan awam itu.
Menurut perkongsian pengguna Threads yang dikenali sebagai @Alyaanblh, kejadian itu berlaku semasa gerabak tersebut dalam perjalanan dari Arau, Perlis menghala ke Butterworh, Pulau Pinang hari ini.
“Sebelum dan selepas naik KTM, masih rasa mamai dan pening selepas kena kaca dekat kepala,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa pengguna yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan.









